Khamis, April 29, 2010

Kejohanan Sukan DwiTahunan SKS4BNO

Kejohanan Sukan Dwitahunan ini telah diadakan pada 23.04.2010(Jumaat) dan 25.04.2010(Ahad). Pada Jumaat tersebut, hanya acara balapan tertentu sahaja dijalankan bagi mengelakkan dari kesuntukan masa untuk meneruskan aktiviti balapan dan padang yang lain pada hari kemuncak kejohanan pada hari Ahad tersebut.







Olahragawati Tahun 2010


Olahragawan Tahun 2010, Adik Hakimi





Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SKS4, Tn Hj Maskuri bin Borhan, diiringi oleh YDP PIBG, En. Roslee bin Hashim. Acara yang dipertandingkan adalah balapan, lontar peluru, lompat tinggi, lompat jauh, dan sukaneka bagi murid prasekolah dan tahap 1. Acara pada hari Ahad dimulakan dengan perarakan perbarisan rumah-rumah sukan iaitu Rumah Merah, Rumah Kuning dan Rumah Hijau.


Guru Rumah Merah & tempat Ke-3, En. Rosman


Guru Rumah Kuning & Naib Johan, En. Ahmad Sibaweh


Guru Rumah Hijau & Johan, En. Syawalluddin


Rumah Hijau yang menjuarai kejohanan sukaneka tahun ini.


Daripada keputusan keseluruhan, tempat ketiga dimenangi oleh Rumah Merah, Naib Johan dimenangi oleh Rumah Kuning dan Johan adalah Rumah Hijau. Tahniah diucapkan kepada semua murid dan guru-guru Rumah Hijau kerana telah memenangi Johan pada kejohanan kali ini. Diharap semangat kesukanan dan kesepakatan seperti ini akan sentiasa ada dalam diri murid-murid dan juga para guru untuk meneruskan kegemilangan sekolah dari segi kokurikulum.

Acara diserikan lagi dengan kerjasama dan kesepakatan daripada masyarakat setempat kerana sudi bertungkus lumus dalam menjayakan kejohanan sukan pada tahun ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang juga berusaha menjayakan kejohanan sukan pada tahun ini. Acara tamat pada jam 1.15 petang.


Rabu, April 28, 2010

Raptai Sukan SKS4BNO

Raptai penuh untuk sukaneka tahun ini telah dijalankan bermula pada 22 April yang lalu. Semua murid dari setiap tahun wajib mengikuti raptai sukaneka dwitahunan ini. Antara jenis sukan yang dijalankan pada raptai tersebut ialah lari 100emter,200meter, 4x 200meter, lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru, dan juga acara sukaneka bagi anak-anak dari prasekolah Perdana dan Persona.












Acara raptai yang dilangsungkan dari pagi ini berjalan dengan sungguh lancar dan tiada gangguan cuaca. Acara raptai ini juga dapat diselesaikan sebelum waktu tamat persekolahan.

Sabtu, April 24, 2010

Kem Bestari Solat Peringkat Sekolah 2010

Kem Bestari Solat peringkat sekolah bagi tahun 2010 ini telan diadakan pada 17 April 2010 yang lalu. Program ini telah dijalankan di Masjid Ubbudiah Simpang 4 BNO. Murid-murid tahap 2 adalah yang diwajibkan untuk mengikuti kem ini. Kesemua guru dan kakitangan awam sekolah telah sama-sama membantu untuk menyediakan juadah dan melicinkan lagi tentatif program ini.









Penceramah jemputan telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan program utama kem ini iaitu untuk mempelajari dan memahami dengan sepenuhnya tentang kesempurnaan dan kesucian adab-adab dan tatatertib ketika bersolat.

















Kem ini telah berjalan selama sehari bermula seawal 8pagi dan berakhir selepas waktu solat asar.Ucapan jutaan terima kasih di atas kerjasama dan bantuan dari guru-guru dan staf yang sama-sama menjayakan Kem Bestari Solat bagi tahun 2010 ini.


Selasa, April 13, 2010

Kursus Membina Portal @ Laman Web Sekolah

Pada tarikh 5 dan 6 April, satu kursus membina portal atau laman web sekolah telah dianjurkan oleh pihak PKG.. Kursus ini telah diadakan di PKG Sabak Bernam. Kesemua yang menghadiri kursus ini adalah terdiri daripada Guru Penyelaras ICT, Guru ICT, Guru Data dan juga Juruteknik sebagai bantuan sokongan kepada guru-guru yang kurang mahir dalam membina laman web sekolah.




Antara aktiviti yang dilakukan pada 2 hari tersebut ialah mempelajari cara-cara membuat ID asas untuk mencipta laman web. Laman web yang digunakan untuk sekolah-sekolah ialah dari Blogger. Penggunaan laman web ini diambil berdasarkan penggunaan antaramuka nya yang mudah difahami, mudah diubah dan ringkas adalah sangat sesuai untuk para guru yang kebanyakannya kurang mahir dalam pembinaan laman web.






Tujuan asal pembinaan lama web setiap sekolah ini adalah untuk memberi satu tanda arah bagi sesetengah pihak yang mahu mengenali dan mengetahui sejarah, aktiviti dan juga perkembangan yang terjadi di sekolah-sekolah di seluruh negara terutama sekolah di dalam daerah Sabak Bernam.




Kursus ini diketuai oleh guru ICT dari SK Parit Baharu, Cikgu Mohd Zailani Somingan. Beliau banyak memberi info, tunjuk ajar dan juga maklumat tambahan bagaimana untuk mendekorasikan laman web sekolah masing-masing.


Sabtu, April 10, 2010

Misi

Misi bagi sekolah kami ialah :


"Meningkatkan Prestasi Akademik, Sahsiah dan
Kokurikulum Murid Berdasarkan
Falsafah Pendidikan
Negara"

Piagam Sekolah

Kami warga Sekolah Kebangsaan Simpang 4 BNO
dengan penuh iltizam akan :

1. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberi dengan
lebih berkesan agar semua murid mendapat pendidikan yang sempurna

2. Memastikan kebajikan dan kesejahteraan murid sentiasa
berada di sekolah sentiasa terpelihara

3. Memberi layanan yang baik kepada pelawat dan ibu bapa
semasa berurusan dengan pihak sekolah

4. Memberi peluang kepada murid mengembangkan potensi
mereka melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum


Selasa, April 06, 2010

Motto Sekolah



Motto sekolah kami ialah :


"ILMU BIMBINGAN HIDUP"

Berita Terkini SKS4