Khamis, April 29, 2010

Kejohanan Sukan DwiTahunan SKS4BNO

Kejohanan Sukan Dwitahunan ini telah diadakan pada 23.04.2010(Jumaat) dan 25.04.2010(Ahad). Pada Jumaat tersebut, hanya acara balapan tertentu sahaja dijalankan bagi mengelakkan dari kesuntukan masa untuk meneruskan aktiviti balapan dan padang yang lain pada hari kemuncak kejohanan pada hari Ahad tersebut.







Olahragawati Tahun 2010


Olahragawan Tahun 2010, Adik Hakimi





Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SKS4, Tn Hj Maskuri bin Borhan, diiringi oleh YDP PIBG, En. Roslee bin Hashim. Acara yang dipertandingkan adalah balapan, lontar peluru, lompat tinggi, lompat jauh, dan sukaneka bagi murid prasekolah dan tahap 1. Acara pada hari Ahad dimulakan dengan perarakan perbarisan rumah-rumah sukan iaitu Rumah Merah, Rumah Kuning dan Rumah Hijau.


Guru Rumah Merah & tempat Ke-3, En. Rosman


Guru Rumah Kuning & Naib Johan, En. Ahmad Sibaweh


Guru Rumah Hijau & Johan, En. Syawalluddin


Rumah Hijau yang menjuarai kejohanan sukaneka tahun ini.


Daripada keputusan keseluruhan, tempat ketiga dimenangi oleh Rumah Merah, Naib Johan dimenangi oleh Rumah Kuning dan Johan adalah Rumah Hijau. Tahniah diucapkan kepada semua murid dan guru-guru Rumah Hijau kerana telah memenangi Johan pada kejohanan kali ini. Diharap semangat kesukanan dan kesepakatan seperti ini akan sentiasa ada dalam diri murid-murid dan juga para guru untuk meneruskan kegemilangan sekolah dari segi kokurikulum.

Acara diserikan lagi dengan kerjasama dan kesepakatan daripada masyarakat setempat kerana sudi bertungkus lumus dalam menjayakan kejohanan sukan pada tahun ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang juga berusaha menjayakan kejohanan sukan pada tahun ini. Acara tamat pada jam 1.15 petang.


Rabu, April 28, 2010

Raptai Sukan SKS4BNO

Raptai penuh untuk sukaneka tahun ini telah dijalankan bermula pada 22 April yang lalu. Semua murid dari setiap tahun wajib mengikuti raptai sukaneka dwitahunan ini. Antara jenis sukan yang dijalankan pada raptai tersebut ialah lari 100emter,200meter, 4x 200meter, lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru, dan juga acara sukaneka bagi anak-anak dari prasekolah Perdana dan Persona.












Acara raptai yang dilangsungkan dari pagi ini berjalan dengan sungguh lancar dan tiada gangguan cuaca. Acara raptai ini juga dapat diselesaikan sebelum waktu tamat persekolahan.

Sabtu, April 24, 2010

Kem Bestari Solat Peringkat Sekolah 2010

Kem Bestari Solat peringkat sekolah bagi tahun 2010 ini telan diadakan pada 17 April 2010 yang lalu. Program ini telah dijalankan di Masjid Ubbudiah Simpang 4 BNO. Murid-murid tahap 2 adalah yang diwajibkan untuk mengikuti kem ini. Kesemua guru dan kakitangan awam sekolah telah sama-sama membantu untuk menyediakan juadah dan melicinkan lagi tentatif program ini.









Penceramah jemputan telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan program utama kem ini iaitu untuk mempelajari dan memahami dengan sepenuhnya tentang kesempurnaan dan kesucian adab-adab dan tatatertib ketika bersolat.

















Kem ini telah berjalan selama sehari bermula seawal 8pagi dan berakhir selepas waktu solat asar.Ucapan jutaan terima kasih di atas kerjasama dan bantuan dari guru-guru dan staf yang sama-sama menjayakan Kem Bestari Solat bagi tahun 2010 ini.


Selasa, April 13, 2010

Kursus Membina Portal @ Laman Web Sekolah

Pada tarikh 5 dan 6 April, satu kursus membina portal atau laman web sekolah telah dianjurkan oleh pihak PKG.. Kursus ini telah diadakan di PKG Sabak Bernam. Kesemua yang menghadiri kursus ini adalah terdiri daripada Guru Penyelaras ICT, Guru ICT, Guru Data dan juga Juruteknik sebagai bantuan sokongan kepada guru-guru yang kurang mahir dalam membina laman web sekolah.




Antara aktiviti yang dilakukan pada 2 hari tersebut ialah mempelajari cara-cara membuat ID asas untuk mencipta laman web. Laman web yang digunakan untuk sekolah-sekolah ialah dari Blogger. Penggunaan laman web ini diambil berdasarkan penggunaan antaramuka nya yang mudah difahami, mudah diubah dan ringkas adalah sangat sesuai untuk para guru yang kebanyakannya kurang mahir dalam pembinaan laman web.






Tujuan asal pembinaan lama web setiap sekolah ini adalah untuk memberi satu tanda arah bagi sesetengah pihak yang mahu mengenali dan mengetahui sejarah, aktiviti dan juga perkembangan yang terjadi di sekolah-sekolah di seluruh negara terutama sekolah di dalam daerah Sabak Bernam.




Kursus ini diketuai oleh guru ICT dari SK Parit Baharu, Cikgu Mohd Zailani Somingan. Beliau banyak memberi info, tunjuk ajar dan juga maklumat tambahan bagaimana untuk mendekorasikan laman web sekolah masing-masing.


Sabtu, April 10, 2010

Misi

Misi bagi sekolah kami ialah :


"Meningkatkan Prestasi Akademik, Sahsiah dan
Kokurikulum Murid Berdasarkan
Falsafah Pendidikan
Negara"

Piagam Sekolah

Kami warga Sekolah Kebangsaan Simpang 4 BNO
dengan penuh iltizam akan :

1. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberi dengan
lebih berkesan agar semua murid mendapat pendidikan yang sempurna

2. Memastikan kebajikan dan kesejahteraan murid sentiasa
berada di sekolah sentiasa terpelihara

3. Memberi layanan yang baik kepada pelawat dan ibu bapa
semasa berurusan dengan pihak sekolah

4. Memberi peluang kepada murid mengembangkan potensi
mereka melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum


Selasa, April 06, 2010

Motto Sekolah



Motto sekolah kami ialah :


"ILMU BIMBINGAN HIDUP"

Visi

Visi sekolah kami ialah :


"SKS4BNO Menjadi Sekolah Cemerlang
Pada Tahun 2010"

Objektif Sekolah

Dengan adanya objektif, warga sekolah dapat :


Mengamalkan semangat kekitaan untuk mencapai
kecemerlangan dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum


Melaksanakan keperluan pendidikan yang sistematik
dalam pengurusan pejabat, akademik, sahsiah, kokurikulum
ke arah mencapai sekolah cemerlang 2010


Sejarah Sekolah


Penubuhan Sekolah

Sejarah pembukaan Sekolah Kebangsaan Simpang 4 Bagan Nakhoda Omar (BNO) bermula pada tahun 1930an. Pada ketika itu murid-murid belajar di sebelah perkarangan Masjid Kampung Simpang Empat kerana masih belum lagi mempunyai bangunannya sendiri. Guru yang mula-mula mengajar mereka adalah seorang 'Guru Rakyat' yang dikenali dengan nama Cikgu Yah. Murid-murid belajar dengan duduk di atas lantai papan dan menggunakan 'KALAM' untuk menulis di atas 'Papan Batu'. Cikgu Yah diberi bayaran saguhati, hasil kutipan derma dari penduduk kampung pada waktu itu. Pada tahun 1951, atas daya usaha orang kampung, maka terbina lah sebuah bangunan yang bernilai RM2.023.80 pada ketika itu.


Guru Besar

Pihak kerajaan telah menghantar seorang Guru Besar yang pertama dan seorang guru pelatih ke sekolah tersebut. Beliau berasal dari Beranang, Selangor dan dikenali dengan nama Encik Abu Bakar bin Ujang. Pada tahun 1959, bangunan sekolah yang dibina oleh penduduk kampung telah runtuh. Pada tahun yang sama (1959), pihak kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan baru mengandungi tiga bilik darjah, dua rumah guru dan sebuah Mess (rumah panjang) yang mengandungi empat buah bilik. Bangunan baru telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Mohd Khir Johari, Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu.

Pada bulan Disember tahun 1962, pihak kerajaan telah menambah dua buah bilik darjah lagi yang menjadikan kesemuanya berjumlah lima buah. Keluasan bilik darjah berikut adalah 30' x 30' persegi manakala keluasan sekolah adalah 30' x 150' persegi. Pada tahun 1964, sekolah ini telah mempunyai seorang siak dan juga seorang tukang kebun. Tukang Kebun yang pertama ialah Encik Shamsuddin bin Hamid. Pada tahun 1967, sebuah kantin telah didirikan oleh pihak JKR Sabak Bernam dan mula digunakan pada 1hb Februari 1968 (di kawasan sekolah lama). Pada tahun 1975 pula sebuah bangunan sekolah dua tingkat telah dibina oleh kerajaan. Ia mengandungi sebuah pejabat, tiga buah bilik darjah, sebuah dewan, sebuah stor dan tandas untuk kegunaan guru-guru dan murid-murid. Pada tahun 1978, sebuah lagi kantin telah dibina oleh kerajaan berdekatan dengan bangunan dua tingkat sekolah baru.


Kelengkapan

Pada 5hb Januari 1981 pula bangunan baru yang terletak di bahagian belakang sekolah dua tingkat telah digunakan sepenuhnya untuk menempatkan darjah 1,2 dan 3. Bangunan lama kini dipinjamkan kepada KEMAS kawasan zon barat dan Pertubuhan Peladang kawasan Sabak Bernam Utara. Sejak tarikh tersebut, Sekolah Kebangsaan Simpang 4 BNO mempunyai kelengkapan belajar dan bermain. Bangunan-bangunan tersebut kekal hingga ke hari ini. Nama Sekolah Kebangsaan Simpang 4 BNO berasal dan diambil sempena nama asal kampung itu sendiri iaitu Kampung Simpang Empat, Bagan Nakhoda Omar yang terletak lebih kurang enam belas kilometer dari pekan Sabak Bernam.


Empat Cabang

Bagaimanakah nama Simpang Empat itu diperolehi? Simpang Empat adalah merupakan satu tempat penting di mana ia dapat menghubungkan ke beberapa kampung dan tempat-tempat lain yang berhampiran. Oleh kerana jalan tersebut mempunyai empat cabang, maka wujudlah nama 'Simpang Empat' sehingga kini.

Empat cabang jalan itu menuju ke tempat-tempat seperti berikut :

1. Simpang yang pertama menuju ke arah barat.
Kampung-kampung yang terletak di kawasan ini ialah Kg. Teluk Rhu,
Kg. Sg. Apong dan Kg. Parit Baharu.

2. Simpang yang kedua menuju ke arah utara.
Simpang ini menghubungkan Kg. Sg. Air Tawar
dan Kg. Sungai Tengar.

3. Simpang yang ketiga boleh menghubungkan pekan Sabak Bernam,
pekan Sungai Besar dan lain-lain tempat.

4. Simpang yang keempat pula menghala ke
Bagan iaitu kawasan perkampungan nelayan Cina dan Melayu
dan juga pantai BNO.


Isnin, April 05, 2010

Senarai Guru & Kakitangan SK Simpang 4 BNO Sesi 2010

Guru Besar
Tn. Hj. Maskuri bin Borhan

Guru Penolong Kanan Kurikulum
En. Muhamed bin Kimin

Guru Penolong Kanan HEM
En. Martius bin Zulkefri

Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Tn. Hj. Mohd Nor bin Kapi


Guru-Guru

Guru Prasekolah
Pn. Norkhayati binti Dohet
Pn. Nennie Triana binti Mohamed

Guru Media/Guru PSS
En. Rosman bin Mat Jais

En. Mohd Rashid bin Osman
En. Shamsul Kamar bin Samad
En. Abdul Rahman bin Mashudi
En. Syawalluddin bin Aspani
Pn. Zuriah binti Hasan
En. Mohamad Noh bin Hj Abdullah
Pn. Hjh Faridah binti Jalil
Pn. Siti Zaminah binti Mohd Ali
Pn. Fitriah binti Dahlan
Pn. Norizan binti Abdullah
En. Ahmad Sibaweh bin Jaafar
En. Ramlan bin Ramli
Pn. Siti Azlina binti Hamir
Cik Kiranjit Kaur A/P Mahinder Singh

Guru Pemulihan
En. Shaiful Azmi


Kakitangan

En. Jamal bin Abdullah -- Pembantu Tadbir
Pn. Masringaton binti Khalil -- Pembantu Am Rendah
Pn. Suriati -- Pembantu Pengurusan Murid
Pn. Zalina -- Pembantu Pengurusan Murid
En. Shahrullail bin Khalidin -- Juruteknik Komputer


Pekerja

En. Johari bin Sirat
Pn. Hamidah binti Rusdi
En. Mohd Shah bin Safuan


Pengawal Keselamatan

En. Buang bin Suhud
En. Ishak bin Rustam
En. Asmawi bin Sairan
En. Nizam








Berita Terkini SKS4