Memaparkan catatan dengan label Ko-kurikulum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ko-kurikulum. Papar semua catatan

Isnin, Januari 31, 2011

Hari Merentas Desa 2011

Hari Merentas Desa bagi tahun ini telah dijalankan pada 25 Januari yang lepas. Acara ini diadakan pada waktu Kokurikulum pada hari Rabu dan acara ini disertai murid-murid tahap II SKS4BNO dan dengan telah dijayakan bersama para AJK PIBG dan juga dari pihak polis trafik bagi menjaga lalu lintas. Tidak dilupakan para guru yang bertungkus-lumus bagi menjayakan aktiviti riadah yang sihat untuk murid-murid ini.



Aktiviti dimulakan dengan senaman ringan yang diketuai oleh En. Shamsul. Murid-murid telah dilepaskan dengan tiupan wisel oleh Tuan Guru Besar. Para guru dan AJK PIBG serta polis trafik menjaga dan meronda sebagai langkah berjaga-jaga terhadap lalulintas dan keadaan murid-murid.



Kawasan larian adalah dari sekolah menuju ke bahagian pantai BNO kemudian pusing semula dan menuju ke garisan penamat di pintu masuk sekolah. Acara penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SKS4BNO, Tn Hj Maskuri b Borhan dan YDP PIBG, En. Roslee. Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang berjaya melepasi garisan penamat dan yang memenangi pingat.



Rabu, Oktober 13, 2010

Rombongan Murid Tahap II ke Kuala Lumpur

Rombongan telah diadakan pada 10 Jun 2010 yang lalu dengan program bermula seawal jam 7pagi. Ini bagi mengelakkan kesesakan jalan raya yang akan berlaku nanti. Rombongan akan bergerak menaiki bas ekspres dan seramai 40 orang murid serta 4 tenaga pengajar menggembling tenaga dalam menjaga dan menaikkan suasana rombongan tersebut.




Rombongan menaiki bas ekspres tamat di stesen KTM Sg Buloh, di mana rombongan murid-murid akan menaiki tren KTM pula hingga ke KL Sentral, kemudian menaiki Transit Aliran Ringan (LRT) dari KL Sentral ke KLCC. Pengalaman baru bagi murid-murid kerana rata-rata tidak pernah menjejakkan kaki ke tempat-tempat seperti ini dan telah memberi satu keseronokan kepada mereka.



Setelah tiba di Petrosains sekitar jam 11.30pagi, murid-murid beratur untuk masuk ke Petrosains dan memulakan eksplorasi mereka. Eksplorasi bermula dengan menaiki kenderaan Dark Ride-Kenderaan Sekilas Masa. Kemudian melalui Petrojaya yang menayangkan pelbagai alatan untuk menggali dan zaman awal. Zaman dinasour juga memberikan impak kepada murid-murid mengetahui cara dan gaya hidup dinasour di masa lampau.



Helikopter simulator adalah acara atau segmen yang ditunggu-tunggu oleh murid-murid. Ini adalah kerana simulator yang seakan-akan suasana sebenar itu memberikan impak yang kuat kepada murid-murid untuk merasa dan mengetaui keadaan sebenar berada di dalam helikopter.



Rombongan kali ini diserikan lagi dengan tuah seorang murid sekolah kami dipanggil naik ke atas pentas untuk membuat dan menguji satu eksperimen mengenai buih dan bentuk buih bersama instruktor program tersebut. Murid kami menunjukkan komitmen sepanjang program itu dengan menunjukkan minat yang mendalam.

Setelah tamat pengembaraan di Petrosains, murid-murid dibawa ke Masjid Negara untuk makan tengahari dan juga menunaikan solat Zohor. Kemudian terus ke Muzium Negara untuk meneruskan program rombongan ini. Program dimulakan dengan briefing dari Sekretariat muzium dengan menerangkan tentang apa yang terdapat di dalam muzium.



Antara artifak yang ada di muzium adalah mengenai zaman batu, zaman permulaan terbentuknya tanah melayu, zaman kesultanan melayu melaka, zaman penjajah dan zaman selepas kemerdekaan.



Kemudian murid-murid dibawa pula ke pameran ular yang terletak di perkarangan muzium. Pelbagai jenis ular dipamerkan untuk tontonan umum. Terdapat pertunjukan iaitu seorang wanita yang berani tidur dengan ular sawa di dalam bilik kaca.



Rombongan pulang selepas jam 6petang dan tiba di perkarangan sekolah 2jam selepas itu. Diharap semua murid yang mengikuti rombongan ini dapat memanfaatkan pengalaman mengembara sambil menimba ilmu di bandar Kuala Lumpur.



Gambar kenang-kenangan rombongan murid-murid bersama guru-guru SKS4




Khamis, Julai 29, 2010

Pertandingan Bolasepak Tertutup SKS4



Pertandingan ini telah diadakan di padang SKS4 pada 21 Julai 2010 yang lalu. Pertandingan tertutup ini telah dijalankan pada waktu ko-kurikulum sekolah. murid-murid tahap dua telah bersama-sama memainkan peranan dalam aktiviti ini.





murid-murid dibahagikan kumpulan secara rawak dan bertanding secara 5sebelah. Pertandingan berlangsung dengan 7kumpulan mengambil bahagian. Para guru bekerjasama dalam menjadi pengadil perlawanan serta memberi sokongan kepada murid-murid.








walaupun cuaca pada petang tersebut panas terik, tetapi pertandingan dapat dijalankan dengan lancar. Pertandingan bermula pada jam 4petang dan berakhir pada jam 5.30 petang.

Berita Terkini SKS4