Rabu, Oktober 13, 2010

Rombongan Murid Tahap II ke Kuala Lumpur

Rombongan telah diadakan pada 10 Jun 2010 yang lalu dengan program bermula seawal jam 7pagi. Ini bagi mengelakkan kesesakan jalan raya yang akan berlaku nanti. Rombongan akan bergerak menaiki bas ekspres dan seramai 40 orang murid serta 4 tenaga pengajar menggembling tenaga dalam menjaga dan menaikkan suasana rombongan tersebut.




Rombongan menaiki bas ekspres tamat di stesen KTM Sg Buloh, di mana rombongan murid-murid akan menaiki tren KTM pula hingga ke KL Sentral, kemudian menaiki Transit Aliran Ringan (LRT) dari KL Sentral ke KLCC. Pengalaman baru bagi murid-murid kerana rata-rata tidak pernah menjejakkan kaki ke tempat-tempat seperti ini dan telah memberi satu keseronokan kepada mereka.



Setelah tiba di Petrosains sekitar jam 11.30pagi, murid-murid beratur untuk masuk ke Petrosains dan memulakan eksplorasi mereka. Eksplorasi bermula dengan menaiki kenderaan Dark Ride-Kenderaan Sekilas Masa. Kemudian melalui Petrojaya yang menayangkan pelbagai alatan untuk menggali dan zaman awal. Zaman dinasour juga memberikan impak kepada murid-murid mengetahui cara dan gaya hidup dinasour di masa lampau.



Helikopter simulator adalah acara atau segmen yang ditunggu-tunggu oleh murid-murid. Ini adalah kerana simulator yang seakan-akan suasana sebenar itu memberikan impak yang kuat kepada murid-murid untuk merasa dan mengetaui keadaan sebenar berada di dalam helikopter.



Rombongan kali ini diserikan lagi dengan tuah seorang murid sekolah kami dipanggil naik ke atas pentas untuk membuat dan menguji satu eksperimen mengenai buih dan bentuk buih bersama instruktor program tersebut. Murid kami menunjukkan komitmen sepanjang program itu dengan menunjukkan minat yang mendalam.

Setelah tamat pengembaraan di Petrosains, murid-murid dibawa ke Masjid Negara untuk makan tengahari dan juga menunaikan solat Zohor. Kemudian terus ke Muzium Negara untuk meneruskan program rombongan ini. Program dimulakan dengan briefing dari Sekretariat muzium dengan menerangkan tentang apa yang terdapat di dalam muzium.



Antara artifak yang ada di muzium adalah mengenai zaman batu, zaman permulaan terbentuknya tanah melayu, zaman kesultanan melayu melaka, zaman penjajah dan zaman selepas kemerdekaan.



Kemudian murid-murid dibawa pula ke pameran ular yang terletak di perkarangan muzium. Pelbagai jenis ular dipamerkan untuk tontonan umum. Terdapat pertunjukan iaitu seorang wanita yang berani tidur dengan ular sawa di dalam bilik kaca.



Rombongan pulang selepas jam 6petang dan tiba di perkarangan sekolah 2jam selepas itu. Diharap semua murid yang mengikuti rombongan ini dapat memanfaatkan pengalaman mengembara sambil menimba ilmu di bandar Kuala Lumpur.



Gambar kenang-kenangan rombongan murid-murid bersama guru-guru SKS4




Rabu, September 08, 2010

Majlis Khatam Al-quran 2010

Majlis Khatam Al-quran sesi 2010 ini telah diadakan pada 3 September 2010 yang lalu. Majlis dimulakan dengan ucapan dari pengerusi majlis, Ustazah Faridah dan seterusnya bacaan doa oleh Ustaz Mohamad Noh. Ucapan alu-aluan dan kata-kata dorongan disampaikan oleh Guru Besar, Tn Hj Maskuri bin Borhan. Majlis seterusnye diteruskan dengan bacaan surah oleh murid-murid tahap II.



Penyampaian hadiah sempena khatam al-quran disampaikan oleh Tuan Guru Besar kepada murid-murid Tahun 6 yang telah khatam al-quran. Duit raya juga diberikan kepada murid-murid sempena Hari Raya Aidilfitri.





Majlis bersurai pada jam 12.30 tengahari. Moga-moga semua murid akan mendapat semangat dan dorongan untuk terus memajukan diri dalam pembacaan al-quran.


Isnin, September 06, 2010

Majlis Berbuka Puasa 1431H 2010

Majlis Berbuka Puasa ini telah diadakan pada 2hb September yang lalu. Antara murid-murid yang terlibat ialah murid-murid dari tahap II dan juga guru-guru. Majlis bermula dengan ceramah agama yang disampaikan oleh penceramah jemputan. Ceramah disampaikan sebelum masuk nya waktu berbuka. Murid-murid menunjukkan reaksi tertarik dan terhibur dengan cara penyampaian penceramah yang menyelitkan unsur kelakar dalam penyampaiannya.



Setelah masuk waktu, murid-murid dan guru memulakan waktu berbuka dengan memakan kurma, kemudian terus menunaikan solat Maghrib. Majlis berbuka diteruskan selepas itu dengan jamuan makan disediakan untuk guru,penceramah dan murid-murid.


Majlis ditamatkan selepas solat tarawikh. Cenderahati disampaikan oleh Guru Besar kepada penceramah jemputan. Majlis bersurai sekitar jam 10malam.


Isnin, Ogos 23, 2010

Sambutan Bulan Ramadhan 1431H 2010

Sambutan Bulan Ramadhan ini telah diadakan sehari selepas sambutan bulan kemerdekaan. Majlis berlangsung dengan cuaca yang baik ada sebelah pagi dengan ucapan permulaan dan doa oleh Ustaz Mohamad Noh. Ucapan Guru Besar menyusul selepas itu. antara aspek yang dipertekankan oleh beliau kepada murid-murid ialah mengenai keberkatan dalam menunaikan puasa secara ikhlas, tidak ponteng semasa berpuasa dan pelbagai lagi.



Majlis diserikan dengan nyanyian selawat dan juga kata-kata semangat daripada Ustazah Fitriah sebagai pendorong kepada murid-murid untuk menunaikan kewajipan dalam Rukun Islam ini.

Jumaat, Ogos 20, 2010

Sambutan Bulan Kemerdekaan SKS4 2010

Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah tahun ini telah diadakan pada 10 Ogos 2010. Majlis sambutan ini diawalkan kerana bulan Ramadhan yang akan menjelang tidak lama lagi. Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Guru PSS, Cikgu Rosman Jais. Kemudian disusuli dengan ucapan dan kata-kata semangat dari Tuan Guru Besar, Tn. Hj. Maskuri bin Borhan.






Majlis sambutan diserikan dan disemarakkan lagi dengan nyanyian lagu-lagu patriotik dan kibaran bendera oleh murid-murid dan guru-guru. Selepas itu, guru-guru dan pekerja sekolah bersama-sama memasang rentangan Jalur Gemilang di seluruh sekolah. Ini adalah untuk memeriahkan lagi suasana dan penghayatan untuk murid-murid mengetahui erti dan semangat merdeka itu sendiri.

Jumaat, Julai 30, 2010

Majlis Makan Malam Jamuan Perpisahan Kerabat


Majlis makan malam ini telah diadakan pada 22 Julai 2010 di Dewan Banquet Jabatan Perhotelan Politeknik Sultan Idris Shah Sabak Bernam. Tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk menyambut seorang guru, En.Abidin dan seorang PPM, Pn.Faezah kerana berpindah dari sekolah ini ke sekolah yang lain.
















Majlis ini juga turut menyambut Pn. Faridah dan pasangan serta En. Rashid dan pasangan yang baru-baru ini melangsungkan perkahwinan mereka. Pengerusi majlis ialah Pengerusi Kerabat sendiri, En. Syawalluddin. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohamad Noh, seterusnya ucapan dari En. Abidin dan Pn. Faezah, dan diakhiri dengan kata-kata perangsang dari Guru Besar SKS4, En. Maskuri bin Borhan.





Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan cenderamata kepada keempat-empat individu yang diraikan. Semoga En. Abidin dan Pn. Faezah akan dapat meneruskan kecemerlangan perkhidmatan mereka walaupun bertugas di sekolah yang berbeza. Kenangan kami dari SKS4 sentiasa ada bersama mereka.

Khamis, Julai 29, 2010

Pertandingan Bolasepak Tertutup SKS4



Pertandingan ini telah diadakan di padang SKS4 pada 21 Julai 2010 yang lalu. Pertandingan tertutup ini telah dijalankan pada waktu ko-kurikulum sekolah. murid-murid tahap dua telah bersama-sama memainkan peranan dalam aktiviti ini.





murid-murid dibahagikan kumpulan secara rawak dan bertanding secara 5sebelah. Pertandingan berlangsung dengan 7kumpulan mengambil bahagian. Para guru bekerjasama dalam menjadi pengadil perlawanan serta memberi sokongan kepada murid-murid.








walaupun cuaca pada petang tersebut panas terik, tetapi pertandingan dapat dijalankan dengan lancar. Pertandingan bermula pada jam 4petang dan berakhir pada jam 5.30 petang.

Rabu, Julai 28, 2010

Senarai Nama Guru SKS4BNO




TN. HJ. KHALID BIN ALI



EN. MUHAMED BIN KIMIN

TN. HJ. MOHD NOR B. KAPI




EN. SHAMSUL KAMAR BIN SAMAD



PN. NORKHAYATI BT .DOHET



FADZILAH BINTI OSMAN TAJULUDIN



EN. ROSMAN BIN MAT JAIS




EN. ABDUL RAHMAN B. MASHUDI



EN. SYAWALLUDDIN B. ASPANI



EN. MOHD RUSTAM BIN ISMAIL



PN. ZURIAH BT HASAN


PN. SITI ZAMINAH BT. MOHD ALI



PN. FITRIAH BT. DAHLAN



PN. NORIZAN BT. ABDULLAH


EN. RAMLAN BIN RAMLI




CIK KIRANJIT KAUR



PN SITI AZLINA BINTI HAMIR



EN .SHAIFUL AZMI



USTAZ RAZAK BIN BAKRI



EN. WAHID BIN TAPA

Berita Terkini SKS4