Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan

Isnin, Januari 31, 2011

Hari Merentas Desa 2011

Hari Merentas Desa bagi tahun ini telah dijalankan pada 25 Januari yang lepas. Acara ini diadakan pada waktu Kokurikulum pada hari Rabu dan acara ini disertai murid-murid tahap II SKS4BNO dan dengan telah dijayakan bersama para AJK PIBG dan juga dari pihak polis trafik bagi menjaga lalu lintas. Tidak dilupakan para guru yang bertungkus-lumus bagi menjayakan aktiviti riadah yang sihat untuk murid-murid ini.



Aktiviti dimulakan dengan senaman ringan yang diketuai oleh En. Shamsul. Murid-murid telah dilepaskan dengan tiupan wisel oleh Tuan Guru Besar. Para guru dan AJK PIBG serta polis trafik menjaga dan meronda sebagai langkah berjaga-jaga terhadap lalulintas dan keadaan murid-murid.



Kawasan larian adalah dari sekolah menuju ke bahagian pantai BNO kemudian pusing semula dan menuju ke garisan penamat di pintu masuk sekolah. Acara penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SKS4BNO, Tn Hj Maskuri b Borhan dan YDP PIBG, En. Roslee. Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang berjaya melepasi garisan penamat dan yang memenangi pingat.



Khamis, April 29, 2010

Kejohanan Sukan DwiTahunan SKS4BNO

Kejohanan Sukan Dwitahunan ini telah diadakan pada 23.04.2010(Jumaat) dan 25.04.2010(Ahad). Pada Jumaat tersebut, hanya acara balapan tertentu sahaja dijalankan bagi mengelakkan dari kesuntukan masa untuk meneruskan aktiviti balapan dan padang yang lain pada hari kemuncak kejohanan pada hari Ahad tersebut.







Olahragawati Tahun 2010


Olahragawan Tahun 2010, Adik Hakimi





Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SKS4, Tn Hj Maskuri bin Borhan, diiringi oleh YDP PIBG, En. Roslee bin Hashim. Acara yang dipertandingkan adalah balapan, lontar peluru, lompat tinggi, lompat jauh, dan sukaneka bagi murid prasekolah dan tahap 1. Acara pada hari Ahad dimulakan dengan perarakan perbarisan rumah-rumah sukan iaitu Rumah Merah, Rumah Kuning dan Rumah Hijau.


Guru Rumah Merah & tempat Ke-3, En. Rosman


Guru Rumah Kuning & Naib Johan, En. Ahmad Sibaweh


Guru Rumah Hijau & Johan, En. Syawalluddin


Rumah Hijau yang menjuarai kejohanan sukaneka tahun ini.


Daripada keputusan keseluruhan, tempat ketiga dimenangi oleh Rumah Merah, Naib Johan dimenangi oleh Rumah Kuning dan Johan adalah Rumah Hijau. Tahniah diucapkan kepada semua murid dan guru-guru Rumah Hijau kerana telah memenangi Johan pada kejohanan kali ini. Diharap semangat kesukanan dan kesepakatan seperti ini akan sentiasa ada dalam diri murid-murid dan juga para guru untuk meneruskan kegemilangan sekolah dari segi kokurikulum.

Acara diserikan lagi dengan kerjasama dan kesepakatan daripada masyarakat setempat kerana sudi bertungkus lumus dalam menjayakan kejohanan sukan pada tahun ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang juga berusaha menjayakan kejohanan sukan pada tahun ini. Acara tamat pada jam 1.15 petang.


Rabu, April 28, 2010

Raptai Sukan SKS4BNO

Raptai penuh untuk sukaneka tahun ini telah dijalankan bermula pada 22 April yang lalu. Semua murid dari setiap tahun wajib mengikuti raptai sukaneka dwitahunan ini. Antara jenis sukan yang dijalankan pada raptai tersebut ialah lari 100emter,200meter, 4x 200meter, lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru, dan juga acara sukaneka bagi anak-anak dari prasekolah Perdana dan Persona.












Acara raptai yang dilangsungkan dari pagi ini berjalan dengan sungguh lancar dan tiada gangguan cuaca. Acara raptai ini juga dapat diselesaikan sebelum waktu tamat persekolahan.

Berita Terkini SKS4