Khamis, April 29, 2010

Kejohanan Sukan DwiTahunan SKS4BNO

Kejohanan Sukan Dwitahunan ini telah diadakan pada 23.04.2010(Jumaat) dan 25.04.2010(Ahad). Pada Jumaat tersebut, hanya acara balapan tertentu sahaja dijalankan bagi mengelakkan dari kesuntukan masa untuk meneruskan aktiviti balapan dan padang yang lain pada hari kemuncak kejohanan pada hari Ahad tersebut.







Olahragawati Tahun 2010


Olahragawan Tahun 2010, Adik Hakimi





Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SKS4, Tn Hj Maskuri bin Borhan, diiringi oleh YDP PIBG, En. Roslee bin Hashim. Acara yang dipertandingkan adalah balapan, lontar peluru, lompat tinggi, lompat jauh, dan sukaneka bagi murid prasekolah dan tahap 1. Acara pada hari Ahad dimulakan dengan perarakan perbarisan rumah-rumah sukan iaitu Rumah Merah, Rumah Kuning dan Rumah Hijau.


Guru Rumah Merah & tempat Ke-3, En. Rosman


Guru Rumah Kuning & Naib Johan, En. Ahmad Sibaweh


Guru Rumah Hijau & Johan, En. Syawalluddin


Rumah Hijau yang menjuarai kejohanan sukaneka tahun ini.


Daripada keputusan keseluruhan, tempat ketiga dimenangi oleh Rumah Merah, Naib Johan dimenangi oleh Rumah Kuning dan Johan adalah Rumah Hijau. Tahniah diucapkan kepada semua murid dan guru-guru Rumah Hijau kerana telah memenangi Johan pada kejohanan kali ini. Diharap semangat kesukanan dan kesepakatan seperti ini akan sentiasa ada dalam diri murid-murid dan juga para guru untuk meneruskan kegemilangan sekolah dari segi kokurikulum.

Acara diserikan lagi dengan kerjasama dan kesepakatan daripada masyarakat setempat kerana sudi bertungkus lumus dalam menjayakan kejohanan sukan pada tahun ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang juga berusaha menjayakan kejohanan sukan pada tahun ini. Acara tamat pada jam 1.15 petang.


Berita Terkini SKS4