Selasa, April 13, 2010

Kursus Membina Portal @ Laman Web Sekolah

Pada tarikh 5 dan 6 April, satu kursus membina portal atau laman web sekolah telah dianjurkan oleh pihak PKG.. Kursus ini telah diadakan di PKG Sabak Bernam. Kesemua yang menghadiri kursus ini adalah terdiri daripada Guru Penyelaras ICT, Guru ICT, Guru Data dan juga Juruteknik sebagai bantuan sokongan kepada guru-guru yang kurang mahir dalam membina laman web sekolah.




Antara aktiviti yang dilakukan pada 2 hari tersebut ialah mempelajari cara-cara membuat ID asas untuk mencipta laman web. Laman web yang digunakan untuk sekolah-sekolah ialah dari Blogger. Penggunaan laman web ini diambil berdasarkan penggunaan antaramuka nya yang mudah difahami, mudah diubah dan ringkas adalah sangat sesuai untuk para guru yang kebanyakannya kurang mahir dalam pembinaan laman web.






Tujuan asal pembinaan lama web setiap sekolah ini adalah untuk memberi satu tanda arah bagi sesetengah pihak yang mahu mengenali dan mengetahui sejarah, aktiviti dan juga perkembangan yang terjadi di sekolah-sekolah di seluruh negara terutama sekolah di dalam daerah Sabak Bernam.




Kursus ini diketuai oleh guru ICT dari SK Parit Baharu, Cikgu Mohd Zailani Somingan. Beliau banyak memberi info, tunjuk ajar dan juga maklumat tambahan bagaimana untuk mendekorasikan laman web sekolah masing-masing.


Berita Terkini SKS4