Rabu, Mei 19, 2010

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2010

Sambutan hari guru peringkat sekolah bagi tahun 2010 ini telah dengan jayanya disambut pada 17 Mei 2010. Sambutan yang turut dimeriahkan lagi dengan acara sukaneka yang disusun aturcaranya oleh PIBG pada sebelah pagi. Antara acara nya ialah rebut kerusi, boling buah kelapa, dan juga boling bola sepak menjatuhkan botol air.








Acara utama ialah perarakan permulaan guru-guru memasuki kawasan sekolah diiringi dengan paluan kompang terus ke dewan. Acara simbolik ini dilakukan,menanda ertikan titik mula guru-guru memasuki sekolah untuk mendidik para murid dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab.










Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohamad Noh. Penyampaian watikah telah disampaikan oleh GPK 1, Cikgu Mohamed bin Kimin dan juga Cikgu Martius bin Zulkefri. Kata-kata aluan pula disampaikan oleh YDP PIBG, En. Roslee bin Hashim. Majlis sambutan hari guru ini telah dirasmikan oleh Guru Besar, Cikgu Maskuri bin Borhan. Bacaan ikrar telah diketuai oleh GB dan seterusnya menyanyikan 5buah lagu yang berunsurkan semangat dan jati diri untuk menjadi guru yang penuh dedikasi dan matlamat.





Seterusnya adalah persembahan dari murid-murid Tahap 2 yang mempersembahkan pantun, pentomen, dan juga nyanyian. Acara dimeriahkan lagi dengan cenderahati dari murid-murid kepada para guru yang disayangi.







Persembahan terakhir dari kumpulan tahfiz jemputan mengakhiri majlis pada hari tersebut.
Majlis memotong kek dan pulut kuning mengakhiri tatacara pada hari tersebut.







Acara penyampaian terakhir merupakan acara mencabut undi untuk menyampaikan cenderahati dari guru-guru sendiri yang disampaikan oleh YDP En. Roslee. Acara menukar hadiah ini sangat bermakna buat guru-guru kerana sangat unik dan mencuit hati. Majlis bersurai pada jam 2.00petang.

Berita Terkini SKS4