Selasa, Mei 18, 2010

Gotong Royong Perdana 2010





Satu aktiviti gotong royong perdana bagi sesi 2010 telah diadakan pada 15 mei 2010 yang lalu. Tentatif program ini adalah untuk menjadikan kawasan persekitaran sekolah bersih dan ceria serta terhindar dari pelbagai wabak penyakit seperti aedes dan sebagainya.










Aktiviti ini juga turut dimeriahkan dengan kedatangan pegawai dari keluarga angkat sekolah iaitu Syabas dengan memberi taklimat ringkas mengenai penjagaan kawasan rumah dengan menerangkan mengenai alat-alat yang boleh digunakan untuk mengawal kebersihan air di rumah. Aktiviti ini turut diaktifkan dengan kedatangan ibu bapa dan guru-guru untuk sama-sama membantu memeriahkan dan menceriakan kawasan persekitaran sekolah.









Tugas-tugas membersihkan kawasan-kawasan sekolah dibahagikan kepada semua guru, ibu bapa, murid-murid dan juga para sukarela yang hadir. Antara kawasan yang perlu dibersihkan ialah longkang di sekeliling sekolah, perabot lama yang perlu dibuang atau disimpan di stor, mengecat, memindahkan buku-buku SPBT yang lama ke bilik yang baru, menambah keceriaan di bilik J-Qaf, mengemas bilik guru, dan kawasan di sekitar kuarters sekolah.







Program ini dapat dijalankan dengan baik dan hampir dapat menepati sasaran bagi menceriakan semua kawasan sekolah. Jamuan ringan disediakan bagi para guru dan ibu bapa. Aktiviti ditamatkan sebelum tengahari.


Berita Terkini SKS4