SK Simpang 4 BNO Sabak Bernam merupakan sekolah yang terletak berdekatan dengan Pantai Bagan Nakhoda Omar. Sekolah ini terletak di dalam daerah Sabak Bernam dan dalam bahagian DUN Sg Air Tawar.
Jumaat, Julai 30, 2010
Majlis Makan Malam Jamuan Perpisahan Kerabat
Majlis makan malam ini telah diadakan pada 22 Julai 2010 di Dewan Banquet Jabatan Perhotelan Politeknik Sultan Idris Shah Sabak Bernam. Tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk menyambut seorang guru, En.Abidin dan seorang PPM, Pn.Faezah kerana berpindah dari sekolah ini ke sekolah yang lain.
Majlis ini juga turut menyambut Pn. Faridah dan pasangan serta En. Rashid dan pasangan yang baru-baru ini melangsungkan perkahwinan mereka. Pengerusi majlis ialah Pengerusi Kerabat sendiri, En. Syawalluddin. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohamad Noh, seterusnya ucapan dari En. Abidin dan Pn. Faezah, dan diakhiri dengan kata-kata perangsang dari Guru Besar SKS4, En. Maskuri bin Borhan.
Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan cenderamata kepada keempat-empat individu yang diraikan. Semoga En. Abidin dan Pn. Faezah akan dapat meneruskan kecemerlangan perkhidmatan mereka walaupun bertugas di sekolah yang berbeza. Kenangan kami dari SKS4 sentiasa ada bersama mereka.
Berita Terkini SKS4
LOGO SEKOLAHILMU BIMBINGAN HIDUP GURU BESAR SKS4BNOGPK PENTADBIRANGPK HEMGPK KOKOPENGUMUMANWEB PPD SELANGORLabels
Blog Archive |
|