Rabu, September 08, 2010

Majlis Khatam Al-quran 2010

Majlis Khatam Al-quran sesi 2010 ini telah diadakan pada 3 September 2010 yang lalu. Majlis dimulakan dengan ucapan dari pengerusi majlis, Ustazah Faridah dan seterusnya bacaan doa oleh Ustaz Mohamad Noh. Ucapan alu-aluan dan kata-kata dorongan disampaikan oleh Guru Besar, Tn Hj Maskuri bin Borhan. Majlis seterusnye diteruskan dengan bacaan surah oleh murid-murid tahap II.



Penyampaian hadiah sempena khatam al-quran disampaikan oleh Tuan Guru Besar kepada murid-murid Tahun 6 yang telah khatam al-quran. Duit raya juga diberikan kepada murid-murid sempena Hari Raya Aidilfitri.





Majlis bersurai pada jam 12.30 tengahari. Moga-moga semua murid akan mendapat semangat dan dorongan untuk terus memajukan diri dalam pembacaan al-quran.


Isnin, September 06, 2010

Majlis Berbuka Puasa 1431H 2010

Majlis Berbuka Puasa ini telah diadakan pada 2hb September yang lalu. Antara murid-murid yang terlibat ialah murid-murid dari tahap II dan juga guru-guru. Majlis bermula dengan ceramah agama yang disampaikan oleh penceramah jemputan. Ceramah disampaikan sebelum masuk nya waktu berbuka. Murid-murid menunjukkan reaksi tertarik dan terhibur dengan cara penyampaian penceramah yang menyelitkan unsur kelakar dalam penyampaiannya.



Setelah masuk waktu, murid-murid dan guru memulakan waktu berbuka dengan memakan kurma, kemudian terus menunaikan solat Maghrib. Majlis berbuka diteruskan selepas itu dengan jamuan makan disediakan untuk guru,penceramah dan murid-murid.


Majlis ditamatkan selepas solat tarawikh. Cenderahati disampaikan oleh Guru Besar kepada penceramah jemputan. Majlis bersurai sekitar jam 10malam.


Berita Terkini SKS4