Isnin, Ogos 23, 2010

Sambutan Bulan Ramadhan 1431H 2010

Sambutan Bulan Ramadhan ini telah diadakan sehari selepas sambutan bulan kemerdekaan. Majlis berlangsung dengan cuaca yang baik ada sebelah pagi dengan ucapan permulaan dan doa oleh Ustaz Mohamad Noh. Ucapan Guru Besar menyusul selepas itu. antara aspek yang dipertekankan oleh beliau kepada murid-murid ialah mengenai keberkatan dalam menunaikan puasa secara ikhlas, tidak ponteng semasa berpuasa dan pelbagai lagi.



Majlis diserikan dengan nyanyian selawat dan juga kata-kata semangat daripada Ustazah Fitriah sebagai pendorong kepada murid-murid untuk menunaikan kewajipan dalam Rukun Islam ini.

Jumaat, Ogos 20, 2010

Sambutan Bulan Kemerdekaan SKS4 2010

Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah tahun ini telah diadakan pada 10 Ogos 2010. Majlis sambutan ini diawalkan kerana bulan Ramadhan yang akan menjelang tidak lama lagi. Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Guru PSS, Cikgu Rosman Jais. Kemudian disusuli dengan ucapan dan kata-kata semangat dari Tuan Guru Besar, Tn. Hj. Maskuri bin Borhan.






Majlis sambutan diserikan dan disemarakkan lagi dengan nyanyian lagu-lagu patriotik dan kibaran bendera oleh murid-murid dan guru-guru. Selepas itu, guru-guru dan pekerja sekolah bersama-sama memasang rentangan Jalur Gemilang di seluruh sekolah. Ini adalah untuk memeriahkan lagi suasana dan penghayatan untuk murid-murid mengetahui erti dan semangat merdeka itu sendiri.

Berita Terkini SKS4